Pages

Salam Perkenalan Dari Saya Pemilik blog

Teks: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t,

Salam perkenalan dari saya Nurshuhada Abdullah pemilik blog ini. Seorang isteri yang masih bekerja sepenuh masa.

Mengapa saya menulis blog.?

Apabila saya mula jatuh cinta dengan jahitan kreatif. Disebabkan itu blog ini diberi nama 'Oh Mesin Jahitku'. Bertujuan berkongsi pengalaman menjahit dengan komuniti maya yang mempunyai minat yang sama.

Dulu saya tidak pernah terfikir untuk belajar menjahit. Semuanya bermula apabila saya mula berjinak-jinak dalam dunia kraf felt  dan seterusnya minat tersebut berpindah ke jahitan pula.

Sejak kecil saya amat mengagumi barangan-barangan yang dihasilkan melalui kraftangan serta hasil seni. Saya lebih suka membuat sendiri hadiah untuk diberikan kepada kawan-kawan sewaktu hari jadi. Apabila melihat banyak perkongsian barangan kraftangan yang sangat cantik dan kreatif dihasilkan melalui jahitan di internet, dari situ timbulnya minat untuk belajar menjahit.

Selain itu saya juga suka mendekorasi. Suka menghias dan mencantikkan rumah ataupun sesuatu ruang. Setiap kali melihat pelan rumah saya akan mula berangan-angan susunatur di dalam rumah itu. Di mana perlu letakknya sofa, katil dan warna apa yang perlu digunakan.

Membaca juga merupakan hobi saya di waktu lapang. Menyimpan impian untuk mempunyai sudut membaca dan mini perpustakaan di rumah sendiri satu hari nanti. InsyaAllah.

Jadi tujuan blog ini ditubuhkan untuk saya berkongsi minat, merekod segala hasil jahitan, berkongsi idea-idea dekorasi, diy dan kraf serta catatan harian mengenai apa yang muncul di fikiran dengan pembaca semua.

Terima kasih sudi mengunjungi dan membaca di blog ini. Diharap apa yang dikongsikan memberi manfaat dan inspirasi.