Pages

Hiasan Dinding Patchwork

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t.


Sesi cantum-mencantum dan menjahit kain mengikut bentuk dan corak seperti yang dirancang. Alhamdulillah, siap juga akhirnya.

Saiz keseluruhan apabila sudah siap ialah 36 inci lebar x 53 inci panjang. Saiz corak yang berbentuk segitiga itu pula 4 inci x 4 inci.

Sekarang dah boleh gantung di dinding jadi hiasan. Nampaklah berseri-seri sikit dinding rumah.



Teknik jahitan ini dipanggil patchwork sebab kita perlu mencantumkan beberapa kepingan-kepingan kain yang berbeza corak sehingga menjadi satu bentuk yang dikehendaki. Orang kita panggil tampal cantum yang guna kain-kain perca tu. Selalu dulu-dulu orang buat alas kaki atau selimut. 

Tapi sekarang dah dikomersilkan. Boleh buat macam-macam. Sarung bantal, beg, alas meja dan skirt pun ada juga. Bergantung kepada kreativiti seseorang.



Beg Jerut Siap

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t.


Phew!.

Seperti yang dirancang, siap juga akhirnya. Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi, sempat juga saya curi-curi masa menjahit beg jerut ini.

Alhamdulillah.


Inilah dia kain-kain cotton pada entri sebelum ini yang telah dijahit menjadi beg jerut, 'handmade' khas sebagai hadiah tajaan untuk adik-adik yang akan mengikuti bengkel Blogger Cilik Malaysia pada musim cuti sekolah ini.

Beg jerut ini bersaiz lebih kurang 7" panjang dan 10" lebar (18cm x 25.5cm), berjumlah 10 unit kesemuanya. Setiap satu corak mewakili dua beg jerut. Dijahit menggunakan kain cotton dari pelbagai corak yang ceria dan berwarna-warni sesuai dengan usia adik-adik yang mengikuti bengkel ini.

Kain-kain yang sudahpun bertukar rupa;






Semoga dengan tajaan hadiah yang serba ringkas ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati adik-adik ini serta dapat memberi semangat dan inspirasi untuk mereka menulis dengan gembira.

Selamat menulis dan selamat menjahit !



Beg Jerut 'In The Making...'

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah.

Kain-kain yang ditempah sudah sampai. Bolehlah saya mulakan aktiviti menjahit beg jerut (drawstring bag) saya sekarang.

Seperti yang dijanjikan, beg jerut ini akan dijadikan hadiah untuk bengkel Blogger Cilik Malaysia, iaitu program sempena cuti sekolah yang akan diadakan pada Disember 2015 ini. Satu program yang sangat bermanfaat yang dikendalikan oleh Puan Azura Abdullah, seorang penulis buku Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri.

Saya sangat berbesar hati serta teruja menjadi salah seorang penaja hadiah untuk program ini dan tidak sabar untuk menghadiahkan hasil tangan saya ini kepada bakal-bakal blogger cilik itu nanti.

Bagi yang berminat dengan program ini boleh rujuk di facebook page Blogger Cilik Malaysia untuk info yang lebih lanjut.






Inilah dia kain-kain yang akan dikorbankan nanti untuk dijadikan beg jerut. Kita tunggu dan lihat apa hasilnya.



Koleksi Beg Jerut (Drawstring Bag)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca maya semua.

Bila dikumpulkan semula hasil projek jahitan, banyak juga beg jerut ataupun drawstring bag yang telah saya jahit sebenarnya.

Banyak kegunaan beg jerut ini. Boleh simpan telefon bimbit, alat-alat mekap dan barang elektronik seperti pengecas telefon, MP3, pendrive serta earphone. Mudah dicari bila diletakkan di dalam satu beg. Ia juga mudah dibawa kemana-mana dan bila hendak guna tidak perlu tercari-cari.

Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang atau juga doorgift untuk kenduri. Cuma ubah ukurannya sahaja dan gunakan kreativiti sendiri untuk hiaskannya nampak lagi menarik dan comel.

Buat sendiri yang mahal nilainya itu.

Ini antara beberapa koleksi projek jahitan beg jerut yang sempat saya simpan.


Beg jerut ini saya jahit untuk dihadiahkan kepada rakan sekerja saya sempena hari jadinya. Dia seorang peminat kucing. Jadi saya gunakan kain bercorak kucing dan membuat bentuk hati pada bahagian hadapan beg ini.

Teknik untuk membuat bentuk hati ini dipanggil 'paper piecing'. Ia adalah teknik menggunakan kertas sebagai asas dan panduan untuk menghasilkan rekaan yang kita mahu. Kemudian kain akan dijahit di atas kertas tersebut membentuk rekaan yang kita mahu tadi.

Kesemua beg jerut yang saya jahit ini mempunyai saiz yang sama iaitu 11" panjang dan 9" lebar bersamaan 28 cm x 23 cm.

Pada bahagian luar beg jerut ini saya gunakan kain linen manakala di bahagian dalamnya pula saya gunakan kain cotton.


Beg jerut ini juga menggunakan teknik yang sama.


Yang di bawah ini pula saya gunakan dua fabrik yang berlainan corak pada bahagian hadapan beg untuk dapatkan rupa yang berlainan sedikit dari sebelum ini.

Kemudian saya hiaskannya dengan lace dan beberapa label yang comel.




Di sini saya kongsikan beberapa tutorial mudah yang boleh diikuti untuk menjahit beg jerut. Semoga ia dapat membantu.

Di antaranya tutorial dalam bahasa melayu;


Ini pula tutorial dari luar negara;


Selamat mencuba dan semoga berjaya.



'Pretty Little Cozies'

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca maya semua.

Hari ini saya hendak kongsikan sebuah buku jahitan dan kraf yang telah saya beli baru-baru ini.


'Pretty Little Cozies' adalah sebuah buku jahitan dan kraf terbitan Larkcrafts.com.

Saya belinya di MPH Bookstore secara kebetulan semasa mencari buku di sini. Bukunya dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah sebuah  buku terbitan luar negara.

Projek-projek jahitannya ringkas dan mudah untuk dihasilkan. Jadi ia sangat sesuai bagi yang masih baru dengan aktiviti menjahit ini.

Isi kandungan

Template di mukasurat terakhir buku

Di dalamnya terdapat 32 jenis projek jahitan yang comel-comel belaka dari pelbagai pereka.

Di bahagian hadapan buku pula terdapat sedikit info mengenai alatan menjahit, jenis-jenis fabrik dan teknik jahitan. Info ini sangat berguna dan dapat membantu sebelum mula menjahit.

Template turut disediakan di mukasurat terakhir buku. Jadi tidak perlu susah-susah untuk melakar template sendiri. Proses menjahit pun akan menjadi cepat.



Sangat menarik, kan?. Rasa tidak sabar untuk menjahit.

Pada yang berminat untuk memiliki buku ini, ia juga boleh didapati secara online melalui MPH Bookstore.

Jom, kita dapatkan buku ini. Boleh tambah koleksi-koleksi jahitan kreatif yang ada disamping menajamkan lagi teknik menjahit.

Selamat menjahit dan berkraf !