Pages

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1438H/ 2017

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google


Sudah Ramadan yang ke-9 pada hari ini. Pantas sungguh masa berlalu. Ramadan bulan yang mulia. Bulan dimana rahmat Allah mencurah-curah dan pahala yang berganda untuk hamba-hambaNya dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan.

Aktiviti menjahit dan menulis dikurangkan pada bulan ini. Lebih kepada mengemaskini saja supaya lebih mesra pembaca. Mahu mencari ketenangan. Gitu.

Kebetulan kerja-kerja di pejapat juga datang seperti tsunami dan semuanya perlu disiapkan secepat mungkin. Terpaksa korbankan hujung minggu yang tenang nyaman ini untuk membuat kerja-kerja pejabat di rumah.

Cuba belajar untuk membahagikan masa dengan komitmen kerja, tanggunjawab sebagai suri rumah serta hobi waktu lapang yang semakin hari mahu belajar dan belajar sesuatu yang baru. Semoga dipermudahkan.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca semua. Diharapkan segala amalan-amalan kebaikan kita diterima oleh Allah s.w.t hendaknya.  Aamin.



Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa Manfaat Yang Saya Perolehi?

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google


Ini entri yang ke-44, bermakna ini adalah entri terakhir saya dalam Kelas Asas Blog Dan Penulisan sesi Mei bersama Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Ini adalah kali kedua saya berada di kelas ini. Sebelum ini saya bersama Puan Azura Abdullah, salah seorang pengurus online ABDR. Kali pertama saya mengambil masa sangat lama, hampir setahun juga untuk menyiapkan 44 entri disebabkan saya tidak konsisten dan tidak fokus dengan tugasan. Jadi saya masuk ke kelas ini kali kedua untuk memperbaiki kelemahan saya.

Entri terakhir ini adalah ulasan berkenaan manfaat yang saya perolehi dengan mengikuti kelas ini.

Antaranya;

1. Membiasakan diri menulis catatan harian dengan menulis secara spontan. Membuat catatan apa yang terlintas di fikiran tanpa terlalu memikir ayat yang sesuai atau ayat yang sedap dibaca.

2. Belajar menjadi peka dengan keadaan sekeliling walaupun sekecil-kecil hal. Setiap peristiwa yang berlaku boleh menjadi idea untuk menulis dan menukarkan ia kepada aura positif. Sebagai contoh, hari itu saya catitkan di dalam catatan harian, saya sangat penat mengemas rumah dan apa aktiviti mengemas telah saya lakukan. Dari situ timbul idea untuk menulis entri berkenaan pentingnya menjaga kebersihan, tip rumah sentiasa kemas serta banyak lagi.

3. Belajar menulis dengan laju. Cabaran menyiapkan 44 entri selama 20 hari memaksa diri untuk berfikir, menulis supaya setiap hari ada entri terkini di blog. Walaupun kadang-kadang saya terbabas disebabkan kesibukan kerja. Tapi untuk menyiapkan entri di dalam masa yang ditetapkan memaksa saya berusaha mencari idea untuk menulis. Secara tidak langsung dalam satu hari saya belajar untuk menulis sehingga lima entri.

4. Membuang sifat 'perfectionist'. Aku mahu sempurna. Tetapi manusia tidak sempurna. Cikgu ajar tulis dulu dan terus publish. Kemudian baru edit mana yang perlu. Jika tunggu sempurna, mahu ayat sedap dibaca sampai bila entri itu tidak akan dikongsikan. Sudahnya ia terperap saja di dalam draft. Macam cikgu cakap nama pun kelas asas penulisan kita belajar asas. Bukan terus menjadi pakar.

5. Belajar menulis dengan ejaan penuh. Menghormati bahasa sendiri. Ejaan penuh memudahkan pembaca untuk membaca dan faham apa yang cuba disampaikan.


Ilmu menulis sangat berguna bagi saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini, yang sebelum ini tidak minat menulis pun sebenarnya. Segalanya berubah apabila saya mula mempunyai blog untuk berkongsi minat saya dengan pembaca. Mahu atau tidak saya perlu menulis. Dari situ saya berkenalan dengan Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Selain itu, saya juga belajar bagaimana mempunyai blog yang mesra pembaca dan boleh menarik orang untuk suka membaca di blog kita. Bagaimana mahu membina jenama diri di alam maya dengan memfokuskan minat, kemahiran dan pengalaman kita. Belajar bagaimana menukar pembaca kepada pembeli, secara tidak langsung dapat menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Serta berkenalan dengan jemaah-jemaah ABDR yang lain dengan kemahiran masing-masing yang saya boleh belajar dari mereka.

Paling seronok kelas ini dijalankan 100% secara online dan masa adalah fleksibel. Sangat sesuai bagi saya yang masih bekerja.

Akhir kata saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada Puan Masayu Ahmad. Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan. Saya doakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada Puan dan dipermudahkan urusan untuk terus mencurah ilmu pada wanita di luar sana seperti saya yang mahu kembali menjadi suri rumah dan berbakti pada keluarga, menjadikan rumahku itu syurgaku. Serta diberikan kekuatan pada diri ini untuk terus menulis dan berkongsi ilmu. Aamin.



Katalog Dari Missouri Star Quilt Company (MSQC)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Ini kali kedua saya terima katalog dari Missouri Star Quilt Company (MSQC). Memang sangat-sangat mencairkan hati seorang penjahit seperti saya ini dengan kain-kainnya yang pelbagai corak. Bertahan, kuatkan semangat untuk menempuh setiap helaian majalah ini. Jika kedainya di Malaysia, tamat sudah riwayat gaji saya tiap-tiap bulan pergi sini sahaja.

Belian untuk $100 kos penghantarannya adalah $25. Jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM430 tambah kos penghantaran RM108. Jadi jumlahnya RM538. Terbeliak mata tengok. Selalu beli kain setiap bulan tak lebih pun dari RM100. Harap satu hari nanti, mana tahu ada rezeki mampu membelinya.

Dalam majalah ini ada banyak corak kain dan peralatan quilting yang dijual. Serta ada contoh-contoh corak quilting yang telah dihasilkan dari kain-kain ini ditunjukkan di dalam katalog. Setiap kain dan peralatan disertakan sekali kod supaya mudah untuk membuat pembelian secara online. Rambang mata dibuatnya.

Oh ya, bagi yang belum mengetahui mengenai Missouri Star Quilt Company (MSQC) ini, boleh klik di sini ya. Mereka juga mempunyai laman youtube penuh dengan tutorial yang sangat-sangat mudah untuk diikuti. Mahu tahu berkenaan katalog ini boleh baca di sini.

Baiklah. Selamat menjahit semua. Hendak sambung semula membelek-belek katalog ini. Tidak mampu hendak beli, jadi sumber inspirasi pun boleh.



Mengumpul Setem, Hobi Atau Sekadar Suka-Suka

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah


Macam tidak percaya sebab ada album setem sendiri. Sepertinya saya ini seorang pengumpul setem yang tegar. Walhal tidak pun.

Bagaimana saya mempunyai album setem sendiri ini, semuanya bermula semasa saya di sekolah menengah dan tinggal di asrama. Semasa di asrama dalam satu bilik atau dorm ada 14 orang semuanya. Kebanyakkan datang dari daerah-daerah yang lain walaupun satu negeri. 

Waktu itu tiada telefon apatah lagi nak berhubung melalui whatsapp, facebook, wechat dan seangkatan dengannya. Jadi setiap kali tiba hari raya, sebelum balik bercuti mulalah kami sibuk minta alamat masing-masing sebab teruja nak menghantar kad raya.

Setiap kali menerima kad raya sampulnya saya tidak buang. Jadi bila dah banyak kumpul baru perasan kewujudan setem di situ. Baru perasan cantik pula setem-setem ini sebab ia bukan setem biasa kita nampak yang berharga 10 sen atau 20 sen itu. Tapi yang ini ia unik.


Masa itu timbul rasa sayang nak buang setem-setem tersebut. Di situlah bermulanya saya membeli album untuk menyimpan setem ini supaya dalam keadaan elok. Sayang sebab setiap satu membawa seribu kenangan.

Selain mengambil setem dari sampul kad raya, setem-setem itu juga saya perolehi dari surat-surat rakan sekolah lama yang  rajin berutus surat semasa saya di asrama.

Setelah tamat persekolah tamat jugalah aktiviti saya mengumpul setem.

Tapi aktiviti itu tidak terkubur begitu saja. Selepas masuk alam pekerjaan, di pejabat tempat saya bekerja hampir setiap hari menerima surat. Selalunya sampul surat tersebut akan di guna semula. Jadi yang mana mempunyai setem-setem yang cantik saya akan minta izin dari bahagian pentadbiran untuk ambilnya. Kadang-kadang tak perlu saya minta dari mereka tapi mereka sendiri yang datang beri pada saya kalau ada setem-setem yang menarik.

Di Angsana Mall, Ipoh, setiap tahun akan ada pameran wang lama dan setem. Ini antara setem-setem yang saya beli apabila kebetulan berada di pasaraya tersebut semasa pameran berlangsung.






Mengumpul setem ini secara tak langsung memberi banyak pengetahuan apabila dapat mempelajari mercu tanda sesebuah tempat itu, peristiwa dan tarikh penting yang berlaku serta pemimpin-pemimpin sesebuah negara.

Selain dari aktiviti mengisi masa lapang ia juga dapat mengenali teman baru dengan bertukar-tukar setem bagi yang aktif ataupun pegumpul tegar.

Mengumpul setem, hobi atau suka-suka. Pada mulanya saya suka-suka saja dan sekarang seolah-olah ia menjadi menjadi satu aktiviti yang bila nampak setem yang menarik saya akan simpan. Keliru. Hobi mungkin.



Hasil Projek Jahitan Alas Gelas Dari Perca-Perca Kain

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah


Aktiviti hujung minggu hari itu, semasa mengemas almari kain tanpa sedar banyak lebihan-lebihan kain yang saya telah kumpul. Ini sebabnya masa menjahit rasa sayang nak dibuang walaupun hanya tinggal perca-perca kecil saja.

Jadi daripada simpan sahaja, rasa macam nak buat sesuatu dengan kain-kain ini. Hasilnya dapatlah dua keping alas gelas yang bersaiz 5 inci x 5 inci. Cuma cantum-cantumkan saja perca-perca kain tersebut dan jahit. Ia dipanggil jahitan patchwork. Tidak makan masa yang lama untuk hasilkannya.




Nak buat banyak tapi masa tidak mengizinkan. Walaupun hanya perca-perca kecil saja tetapi ia dapat hasilkan sesuatu yang unik dan menarik darinya.



Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Ini pula adalah setting untuk mendapatkan jahitan tepi halus. Selalunya diunakan untuk membuat kelim pada tudung. Menggunakan 1 jarum (jarum sebelah kanan) dan 3 benang.


Setting: 6, 6, 6
i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan
ii) Tulisan berwarna hijau setting untuk upper looper, iii) Tulisan berwarna biru setting untuk lower looper


Stitch length: R



Stitch width: 5R




Differential feed adjustment: Pusing ke 1.0



Keluarkan stitch finger dari mesin jahit



Stitch finger yang telah dikeluarkan.



Kain yang bewarna pink adalah hasil jahitan tepi halus.



Untuk setting jahitan tepi biasa/ kasar seperti kain yang berwarna coklat di atas boleh boleh rujuk di entri Setting Jahitan Tepi Biasa/ Kasar Mesin Jahit Brother 404D ini.



Setting Jahitan Tepi Biasa/ Kasar Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Minggu lepas saya menghantar mesin jahit tepi ke kedai untuk diservis. Semalam sudah siap. Sementara menunggu bil keluar, pemilik kedai di situ telah berkongsi cara nak setting jahitan tepi kasar dan halus untuk mesin jahit ini.

Ini adalah setting untuk jahitan tepi biasa/ kasar. Menggunakan 1 jarum (jarum di sebelah kanan) dan 3 benang.


Setting: 4, 4, 4
i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan
ii) Tulisan berwarna hijau mewakili upper looper, iii) Tulisan berwarna biru mewakili lower looper



Setting untuk stitch length: 3



Setting untuk width: 5 1/2



Setting untuk differential feed adjustment: 1.0



Kain yang berwarna coklat adalah hasil jahitan tepi biasa/ kasar



Untuk setting jahitan tepi halus seperti kain yang berwarna pink di atas boleh rujuk di entri Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D ini.



Tempat Saya Membeli Kain-Kain Untuk Menjahit

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Entri kali ini saya mahu berkongsi di mana saya membeli kain-kain untuk menjahit. Kebanyakkan saya beli secara online. Bukan setakat kain sahaja, peralatan dan aksesori jahitan pun ada juga dijual.

Antaranya;






Beli di kedai jika singgah di IKEA. Tak selalu beli sebab harga kainnya mahal ya ampun



Bila melayari laman web ini semua  memang geram dibuatnya. Juling mata tengok corak-corak kain ini semua.

Ada banyak lagi laman web yang menjual kain tapi tempat-tempat ini yang saya kerap beli. Jika ada pembaca yang menjual kain atau ada pengalaman membeli kain secara online boleh kongsikan di ruang komen. Harap info yang dikongsikan membantu.



Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Sulaman (Embroidery)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: nancynicholson.blogspot.com

Sulaman adalah satu teknik jahitan yang melibatkan penggunaan alatan seperti ram, jarum sulam dimana saiznya lebih besar daripada jarum biasa, benang sulam serta corak yang akan disulam.

Sulaman menggunakan mesin memberi kelebihan dalam memudahkan dan mempercepatkan kerja sulaman. Sulaman tangan memakan masa berhari-hari bergantung pada corak yang ingin dihasilkan.

Sulaman mesin terbahagi kepada dua iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer. Sulaman mesin manual memerlukan kita menggerakkan sendiri ram mengikut corak sulaman yang dikehendaki. Berbeza dengan mesin sulaman berkomputer di mana kita hanya perlu menetapkan corak yang kita mahu pada mesin. Kemudian mesin akan melakukan kerja sulaman sepenuhnya tanpa perlu kita menggerakkan ram. Ia hanya akan berhenti apabila benang perlu ditukar.

Semestinya hasil seni sulaman menggunakan tangan lebih tinggi dan mahal nilainya keran ia dibuat sendiri dengan penuh tekun dan sabar. Tetapi dengan permintaan yang tinggi, masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu penggunaan mesin jahit untuk kerja menyulam adalah pilihan terbaik.

** Video dari youtube teknik sulaman menggunakan mesin berkomputer.



Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Smocking

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: www.fancyfootfarm.com

Satu teknik membuat lipatan atau kedutan untuk menghasilkan tekstur pada pakaian. Lipatan atau kedutan yang dihasilkan akan dimatikan dengan jahitan
Tidak tertumpu pada pakaian sahaja, ia juga turut diaplikasikan pada barangan hiasan dalaman seperti sarung bantal.

Terdapat pelbagai jenis jahitan smocking diantaranya; jahitan outline, jahitan stem, jahitan cable, jahitan wave, jahitan surface honeycomb, jahitan feather, jahitan trellis, serta jahitan chain.

** Tutorial dari youtube bagaimana teknik smocking ini dilakukan.

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Paper Piecing

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: www.whitneysews.com

Menggunakan kertas sebagai asas untuk membentuk corak yang diingini. Kemudian kepingan-kepingan kain akan dijahit pada corak tersebut.

Di atas kertas tersebut akan diletakkan nombor sebagai panduan mencantum serta menjahit kepingan-kepingan kain mengikut urutan untuk mendapatkan hasil yang kemas dan menarik.
Salah satu projek jahitan saya yang menggunakan teknik paper piecing. 

** Tutorial dari youtube bagaimana teknik paper piecing ini dilakukan.

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Tampal Hias (Applique)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: www.seasonedhomemaker.com

Kain digunting mengikut corak yang dikehendaki dan kemudian dijahit di atas pakaian ataupun kain yang kita mahu.

Jahitan sembat susup dan jahitan insang pari adalah salah satu jahitan yang sering digunakan untuk menampal hias bentuk yang telah dipotong tadi pada kain. Boleh juga menggunakan mesin jahit dengan jahitan zig-zag ataupun jahitan sulam.

**  Tutorial dari youtube jahitan tangan insang pari untuk tampal hias.



Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Quilting

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: www.sewmamasew.com

Proses menjahit dua lapisan kain yang diletakkan batting diantaranya dan kemudian dijahit menjadi satu lapisan kain yang tebal. 

Boleh dijahit dengan menggunakan tangan ataupun mesin jahit. Jika menggunakan mesin jahit, ia mempunyai tapak jahit khas untuk quilting. Jadi jahitan tidak hanya pada jahitan lurus sahaja tetapi corak jahitan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti sendiri. Sebagai contoh seperti gambar di atas quilting dijahit dengan jahitan yang berlingkar.

Selalunya kain pada lapisan pertama menggunakan teknik tampal cantum (patchwork) supaya projek jahitan nampak lebih menarik.

Teknik quilting ini sering digunakan dalam menghasilkan selimut dan juga beg.

Salah satu projek jahitan quilting saya yang menggunakan jahitan lurus sahaja.

** Saya kongsikan di sini tutorial dari youtube bagaimana teknik quilting ini dilakukan.



Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Tampal Cantum (Patchwork)

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

Foto kredit: fabricmutt.blogspot.com

Satu teknik jahitan mencantumkan kepingan-kepingan kain yang berbeza warna dan corak menjadi satu lembar kain yang besar dan membentuk satu corak yang menarik.

Semasa zaman nenek-moyang kita dahulu, mereka mencantumkan kepingan-kepingan kain ini (perca kain) untuk dijadikan selimut. Bukan sahaja menjimatkan tetapi juga kreatif kerana menggunakan lebihan kain tersebut untuk menghasilkan sesuatu yang boleh diguna semula.

Dengan pemilihan padanan warna dan corak kain yang sesuai dapat menghasilkan satu corak tampal cantum yang sangat kreatif. 

Salah satu projek jahitan saya yang menggunakan teknik tampal cantum.

** Di sini saya kongsikan tutorial dari youtube cara menjahit sarung bantal menggunakan teknik jahitan tampal cantum.



Apa Itu Interfacing Dan Kegunaannya

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

1. Diletakkan di bahagian belakang kain untuk memberi bentuk, mengeraskan dan mengukuhkan pada hasil projek.

2. Selalunya jenis iron-on yang digunakan. Mempunyai permukaan yang bergam di sebelah satu lagi. Bahagian yang bergam akan diseterika di bahagian belakang kain untuk melekatkannya.

3. Ketebalannya seperti sehelai kain dan terdiri dari dua jenis. Interfacing yang lembut dan lebih keras sedikit. Kegunaannya juga berbeza mengikut projek yang mahu dihasilkan.

Foto kredit: Sew Mama Sew



Apa Itu Batting Dan Kegunaannya

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Google

1. Diletakkan di antara dua lapisan kain yang akan dicantumkan.

2. Terdapat dua jenis. Batting dengan gam (iron-on) dan batting tanpa gam (sew in). Jenis iron-on, di sebelah bahagian batting yang mempunyai gam akan dicantum dengan permukaan belakang kain dan diseterika untuk melekatkannya. Jenis sew in, batting diletakkan di antara kain yang mahu dicantum dan dijahit sekali.

3. Menghasilkan ketebalan yang berstruktur lembut pada projek jahitan. Ia memberi kesan empuk , lembut dan sebagai bahan penebat.

4. Ketebalannya berbeza-beza. Penggunaannya bergantung pada jenis projek.

Batting yang tebal digunakan untuk jahitan beg laptop supaya dapat melindungi isi dalam beg serta menjadi bahan penebat dalam projek quilt untuk bayi seperti selimut.

Bagi projek kecil seperti sarung telefon atau beg pouch, gunakan batting yang nipis bagi mengelakkan permukaan hasil jahitan tidak berstruktur, tidak sekata dan tidak kemas.

 Foto kredit: AliExpress.com
Batting dengan gam (iron-on)

Foto kredit: thestitchingscientist.com

Batting tanpa gam (sew in)



Ceriakan Dekorasi Kediaman Dengan Projek Jahitan Kreatif

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Jahitan kreatif seperti jahitan tampal cantum (patchwork), tampal hias (applique), seni quilt, sulaman dan smocking menjadikan hasil jahitan itu unik mengikut kreativiti seseorang itu.

Dalam satu projek jahitan kreatif itu tidak semestinya hanya menggunakan satu teknik sahaja tetapi kesemua teknik tersebut boleh diaplikasikan bersama.
Sebagai contoh, jahitan sulaman boleh digunakan untuk menampal corak pada kain dalam projek jahitan tampal hias. Manakala teknik tampal cantum pula boleh dijadikan sebagai lapisan kain yang pertama dalam projek jahitan quilting.
 
Aksesori hiasan seperti sarung bantal, alas meja, alas kaki, hiasan dinding dan pelbagai lagi yang menggunakan teknik jahitan ini dapat memberi penampilan menarik dan 'rare' pada kediaman. Ia juga mempunyai nilai seni yang tinggi dengan kehalusan dan ketelitian hasil kerja. Disamping itu mendorong diri menjadi kreatif dalam memilih warna kain dan corak yang sepadan.

Tanpa perlu mengeluarkan duit membeli aksesori hiasan, dengan sedikit suntikan kreativiti menggunakan lebihan kain yang ada kita dapat berjimat.

Antara projek jahitan yang saya telah hasilkan untuk kediaman saya;

Kotak Fabrik

Sarung Kotak Tisu

Bantal


Siri Tujuh Penyiasat Karya Enid Blyton Memori Budak-Budak Zaman 90-An

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah

Dalam perjalanan ke pejabat sambil mendengar radio. Topik paginya, "Apa buku pertama yang anda baca semasa kecil ?."

Dengan pantasnya Siri Tujuh Penyiasat karya Enid Blyton melintas di fikiran. Kisah penyiasatan tujuh orang sahabat bersama seekor anjing membantu polis menyelesaikan misteri. Buku ni memang sangat popular di kalangan budak-budak yang membesar pada zaman 90-an. Jika boleh waktu itu mahu ada semua koleksi buku-bukunya.





Kebetulan saya ada bukunya yang dibeli di kedai buku terpakai dengan harga RM1.50. Siap berbalut lagi. Ini versi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd. pada tahun 1995. Versi Bahasa Inggerisnya ialah "Good Old Secret Seven". Dah 22 tahun usia buku ni. Tua lagi usia ku. Alamak! tersasul pula. Walaupun bukunya telah banyak kali dicetak dan bertukar kaver, yang ini juga yang dekat di hati.

Semasa kecil dulu saya ingatkan penulisnya seorang lelaki, rupa-rupanya seorang perempuan. Pasti ada juga yang berfikiran begitu, betul tak kawan-kawan?. Enid Mary Blyton ialah seorang penulis buku kanak-kanak yang popular pada tahun 30-an. Lahir pada 11 Ogos 1887 di East Dulwich, London, United Kingdom dan meninggal dunia pada 28 November 1968. Bukunya telah banyak diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.

Selain bermain pondok-pondok, galah panjang, polis entri one two jaga polis mati pencuri jaga, eh macam tu  ke ejaannya, buku ini menjadi teman imaginasi. Membayangkan kita bersama-sama dengan watak-watak di dalam cerita menyelesaikan misteri dan berharap dapat berjumpa dengan mereka. Mulalah berangan-angan melihat sekeliling mungkin ada misteri yang boleh diselesaikan. Kenangan sungguh.

Saya juga dulu ada beberapa koleksi buku ni. Tapi sayang sudah hilang. Kecil-kecil dulu tak pandai jaga barang. Letak di merata-rata tempat dan kemudian lupa.

Selain dari Siri Tujuh Penyiasat ini ada lagi karya Enid Blyton yang lain antaranya; Siri Lima Sekawan, Siri Salma, Siri Hadi dan Sekolah Seri Melur. Rasanya ada lagi tapi tidak ingat tajuknya. Memori kabur disebabkan faktor usia.

Mengimbau memori zaman kanak-kanak sambil memandu ke tempat kerja. Berangan punya berangan sudah sampai pejabat. Apa lagi, bekerjalah kita ya.



Dekorasi Pasu Kaison

Teks: Nurshuhada Abdullah
Foto: Nurshuhada Abdullah


Ada masa terluang ni dapat siapkan satu projek dekorasi memeriahkan ruang meja. Ruang tempat saya mencari inspirasi. Menjadi terapi mata untuk saya berfikir dan bekerja dengan senang hati.

Jom, saya kongsikan cara membuatnya. Sangat mudah dan cepat.


Bahan-bahannya:

1. Pasu hiasan yang dibeli di KAISON
2. Masking tape saiz 1 inci
3. Pen Artline hitam (tak semestinya guna pen jenis ini, pen lain pun boleh)
4. Marker warna ikut suka (saya gunakan Fabric Marker Sharpie sebab hanya itu yang ada di rumah)
5. Gunting
6. Cutting Mat


1. Potong masking tape agak-agak dapat bentuk segiempat sama. Lepas itu potong dua pula supaya dapat bentuk segitiga.


2. Kemudian, susun dan tampal atas cutting mat. Kalau tak ada cutting mat boleh juga tampal atas permukaan licin supaya segitiga tadi mudah untuk dicabut balik.

Nak tampal terus atas pasu pun boleh. Lagi cepat.

Untuk saiz masking tape 1 inci ini, perlu ada 32 keping segitiga untuk memenuhkan ruang pasu KAISON tadi.


3. Lepas itu, lukis corak dan warnakan di atasnya ikut kreativiti sendiri.


4. Akhir sekali tampal pada pasu tadi. Satu bari menegak boleh dapat 4 keping segitiga.

Nak susun cara lain pun boleh. Tak berdosa.


Dah siap. Selamat memcuba.